Tuesday, 16 February 2016
RUMUSAN
Sebagai rumusan, negara kita semakin maju ke hadapan, terutama ke arah merealisasikan impian menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 yang memerlukan sumbangan dan komitmen semua pihak termasuk golongan OKU untuk memberikan sumbangan kepada negara dalam menjayakan impian berkenaan. Kita hendaklah percaya golongan OKU juga ada peranan dan mampu memberi sumbangan bermakna andai diberi peluang dan ruang sewajarnya. Semua pihak perlu berganding bahu, bak kata peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, bagi membela nasib dan masa depan golongan OKU. Sekiranya kita tidak bersungguh-sunggguh membantu golongan ini sudah pasti mereka akan terus tersisih dalam era pemodenan Negara menjelang tahun 2020 nanti.
Friday, 12 February 2016
KEISTIMEWAAN DAN KEMUDAHAN KEPADA GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA
Sukan
Majlis
Paralympik Malaysia telah ditubuhkan bagi menggalakkan sukan dan rekreasi di
kalangan orang kurang upaya. Jabatan dan NGOs bersama-sama menganjur dan
menggalakkan orang kurang upaya di dalam berbagai-bagai bidang sukan dan
riadah. Kejohanan Sukan Paralympik Malaysia bagi Orang Kurang Upaya/ Jemputan
ASEAN diadakan dua tahun sekali. Skim insentif bagi ahli-ahli sukan orang kurang
upaya dan hadiah-hadiah berbentuk kewangan kepada pemenang atlit-atlit di
Kejohanan-kejohanan Sukan Antarabangsa disediakan.
Banyak keistimewaan untuk OKU
WALAUPUN kerajaan menganggarkan terdapat kira-kira
1.3 juta orang kurang upaya (OKU) di negara ini, tetapi setakat ini hanya
233,939 orang sahaja yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Noriah Kasnon baru-baru ini berkata, statistik itu tidak memberi
gambaran sebenar OKU di negara ini.
Jumlah yang rendah ini menyebabkan kerajaan
menghadapi sedikit masalah dari segi perancangan dasar membela OKU secara
menyeluruh.
Kementerian telahpun menubuhkan Majlis Kebangsaan
Orang Kurang Upaya yang dipengerusikan Menteri berkenaan, Datuk Dr. Ng Yen Yen
bagi menyelia, menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar negara yang berkaitan
OKU terutama Akta Orang Kurang Upaya yang diwartakan 7 Ogos tahun lepas.
Mungkin kesedaran masih kurang dalam kalangan OKU
dan anggota keluarga mereka mengenai hak dan keistimewaan yang boleh mereka
dapatkan dari segi kemudahan kesihatan, pelajaran, penerangan, komunikasi dan
teknologi, aktiviti bersukan, riadah dan kebudayaan.
Sebenarnya, bagi setiap OKU yang ingin memperoleh
kemudahan dan bantuan yang disediakan JKM, agensi-agensi kerajaan atau swasta,
mereka hanya dikehendaki mendaftar untuk mendapatkan Kad Kenal Diri OKU sebagai
satu perakuan yang sah bahawa mereka memang orang kurang upaya.
Kad ini hanya boleh diperoleh dengan mendaftarkan
diri di Pejabat JKM Daerah di tempat tinggal OKU berkenaan dengan perakuan
doktor.
Kad terbahagi kepada enam jenis warna
mengikut kategori ketidakupayaan iaitu penglihatan (biru), pendengaran (ungu),
fizikal (hijau), cerebral palsy (merah),
masalah pembelajaran (kuning) dan lain-lain (oren).
Tujuan pendaftaran dengan JKM adalah untuk
mengumpul data atau statistik bagi maksud perancangan perkhidmatan atau program
pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal.
Walaupun pendaftaran adalah atas dasar sukarela, ia
seharusnya digalakkan bagi OKU mendapatkan segala kemudahan dan insentif yang
disediakan bukan sahaja oleh pihak kerajaan, tetapi juga swasta.
Keistimewaan kepada
OKU
Pelbagai keistimewaan yang disediakan kementerian
dan agensinya untuk OKU akan mudah disalurkan kepada OKU yang berdaftar.
Umpamanya Kementerian Pelajaran di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan
program khas kepada kanak-kanak daripada kategori kurang upaya penglihatan,
pendengaran dan bermasalah pembelajaran.
Program pendidikan dijalankan di sekolah pendidikan
khas dan melalui program integrasi di sekolah biasa. Kerajaan juga
mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya pendengaran
yang mengikuti latihan kemahiran di institusi pengajian di bawah kelolaan
Kementerian Pelajaran.
Bagi pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran di
Institut Pengajian Tinggi, mereka diberi elaun khas bulanan sebanyak RM300.
Kemudahan ini adalah di bawah kelolaan Kementerian Penggajian Tinggi.
Pelajar kurang upaya di sekolah rendah dan sekolah
menengah pula diberikan elaun sebanyak RM150 sebulan. Kemudahan ini di bawah
kelolaan Jabatan Pendidikan Khas.
Program pengesanan
awal
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan turut
menjalankan Program Pengesanan Awal dalam memberi rawatan dan pemeriksaan untuk
kemasukan ke institusi kebajikan.
Jabatan Pendidikan pula menyediakan pendidikan bagi
kanak-kanak berkeperluan khas seperti kurang upaya penglihatan, kurang upaya
pendengaran dan masalah pembelajaran melalui tiga program.
Program itu ialah sekolah khas, program integrasi
dan program inklusif di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.
Bagi Jabatan Tenaga Kerja pula, ia menggalakkan
pihak swasta menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan OKU melalui
Jawatankuasa Penggalakkan Penggajian Orang Kurang Upaya di sektor swasta.
Pengecualian cukai
jalan
Menurut JKM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga
menyediakan kemudahan pengecualian cukai jalan bagi orang kurang upaya fizikal
yang menggunakan kenderaan kereta, van dan motosikal buatan tempatan mulai
tahun 2004.
JKM juga sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat
pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada OKU.
Sehingga kini terdapat beberapa syarikat
pengangkutan memberi insentif pengangkutan kepada golongan kurang upaya.
Antaranya ialah Malaysian Airlines System Bhd. (MAS) yang memberi tambang murah
sehingga 50 peratus bagi penerbangan dalam negeri, manakala Keretapi Tanah
Melayu Berhad memberi tambang konsesi sehingga 50 peratus bagi semua kelas
perjalanan.
Syarikat bas Transnasional juga memberi konsesi 50
peratus dari harga tambang dan syarikat pengangkutan RapidKL memberi kemudahan
tambang percuma kepada golongan kurang upaya.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga
menyediakan kemudahan kepada OKU bagi menyewa rumah-rumah kos rendah atau rumah
pangsa DBKL dengan memberi pengurangan kadar sewa kepada kumpulan ini.
Sementara itu, Syarikat Perumahan Nasional Negara
(SPNB) memberi diskaun sebanyak 20 peratus kepada golongan OKU berpendapatan
rendah untuk memperoleh rumah kos rendah dan sederhana.
Golongan OKU turut dikecualikan daripada bayaran
rawatan di hospital atau pusat perubatan awam di negara ini, manakala Jabatan
Imigresen mengecualikan bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses
dokumen perjalanan (pasport antarabangsa).
Dengan segala kemudahan ini, agak rugi jika ramai
OKU tidak mendaftarkan diri dan mengecualikan diri mereka daripada dibela.
- Bernama
Artikel
© Utusan Melayu (M) Bhd
Wednesday, 10 February 2016
10 orang kurang upaya yang menjadi ROLE MODEL kepada dunia
Patrick Henry Hughes
Pemuzik yang boleh memainkan pelbagai alat muzik ini dilahirkan buta dan lumpuh sebahagian badan pada 10 Mac 1988.
Seorang pesakit anophthalmia yang sentiasa disokong oleh bapanya yang memperkenalkan Patrick Henry Hughes kepada piano pada usia seawal 9 bulan.
Pada 2006, Hughes menjadi tumpuan media apabila dia memainkan trompet dalam Louisville Marching Band semasa dia menjadi pelajar di Universiti of Louisville dimana bapanya telah membantu menolaknya diatas kerusi roda.
Apabila bakat luarbiasanya didedahkan, beliau sering dijemput untuk membuat persembahan diseluruh negara.
Liz Murray
Elizabeth Murray adalah anak pasangan penagih dadah yang dilahirkan pada 23 September 1980 disebuah apartment yang kotor.
Pada usia 15 tahun, dia merempat apabila ibunya mati akibat AIDS dan bapanya berpindah ke tempat perlindungan untuk mereka yang tiada rumah.
Ada kalanya Liz Murray tidur dikerusi taman, ada kalanya dia berlindung di bawah jambatan diselubungi persekitaran yang kotor, tapi Liz tidak pernah melepaskan peluang untuk membaca encyclopedia yang dikutip dari tong sampah.
Didorong oleh ketabahan dan kerja keras, tidak pernah mengaku kalah dan berusaha dengan caranya sendiri, Liz Murray akhirnya berjaya masuk ke Universiti Havard.
Kini Elizabeth Murray merupakan penceramah terkenal yang memberikan inspirasi kepada ramai orang, dan sebagai seorang pengarah sebuah syarikat, beliau memberi dorongan kepada anak muda untuk membuat sesuatu yang inovatif dalam hidup mereka.
Jessica Cox
Jessica Cox dikenali sebagai juruterbang pertama menerbangkan kapal terbang dengan menggunakan KAKI SAHAJA kerana beliau dilahirkan tanpa tangan.
Namun, itu bukanlah halangan untuk wanita ini mencapai matlamatnya. Seorang graduan dalam psikologi, pemegang tali pinggang hitam taekwondo dan seorang yang suka memandu laju. Jessica juga boleh menaip 25 patah perkataan seminit menggunakan kakiny dan paling menakjubkan, dia boleh memasang contact lens di mata menggunakan kakinya.
Bekerja sebagai penceramah motivasi dan menggalakkan orang kurang upaya mengubah mentaliti mereka.
Sudha Chandran
Seorang wanita yang penuh azam, seorang penari Bharatanatyam yang sangat dipuja di benua kecil India, dan pemegang ijazah sarjana dalam Ekonomi.
Pada 1981, kaki kanan Sudha Chandran dipotong selepas mengalami Gangren. Tapi itu tidak membuatkan azamnya pudar.
Dia mendapatkan kaki palsu dan selepas 2 tahun, dia kembali kedalam kerjayanya dan mendapat tepukan gemuruh di seluruh dunia.
Selain kemahiran tariannya itu, dia juga dikenali kerana persembahan mengagumkan dalam filem-filem dan siri televisyen india.
Randy Pausch
Ia bukan tentang bagaimana untuk mencapai impian anda tetapi ia adalah tentang bagaimana untuk memimpin hidup anda.
Jika anda menjalani kehidupan anda dengan cara yang betul, karma akan menjaga dirinya, impian akan datang kepada kamu.
Profesor sains komputer di Universiti Carnegie Mellon ini disahkan menghidap kanser pankreas pada September 2006 dan meninggal dunia pada 25 Julai 2008.
Apa yang membuatkan dia menjadi terkenal adalah kerana ceramahnya, “Really Achieving Your Childhood Dreams” di auditorium CMU pada 18 September 2007.
Persembahanya itu menarik perhatian berbilion penonton di internet dan menjadi semakin hangat dan menarik minat media antarabangsa.
Ceramahnya itu seterusnya diadaptasi ke dalam buku, dan telah diterjemah kepada 35 bahasa berbeza.
Sean Swarner
Boleh dikatakan sebagai keajaiban perubatan, Sean Swarner disahkan mengalami 2 kanser peringkat kematian iaitu penyakit Hodgkin pada umur 13 tahun dan sarcoma Askin pada umur 15 tahun.
Beliau membuktikan kemenangan melawan penyakit itu apabila menjadi pesakit kanser pertama yang mendaki Gunung Everest.
Bagaimanapun, dia masih berkata, “Sebenarnya, saya pun tidak tahu kenapa saya masih hidup”.
Tapi Sean Swarner tidak pernah melepaskan peluang untuk memberi ceramah dan ekspedisi yang dianjurkan untuk memberi harapan kepada pesakit kanser.
Helen Keller
Menjadi inspirasi kepada filem “The Miracle Worker”, Helen Keller seorang yang bisu dan pekak pertama yang menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera.
Beliau merupakan ahli Parti Sosialis Amerika yang berwibawa. Beliau secara terbuka mengkritik dasar Woodrow Wilson. Helen Keller merupakan pengarang bagi 12 buku dan pemenang Pingat Presiden Kebebasan, beliau seterusnya mengabadikan hidupnya bekerja untuk Yayasan Amerika untuk orang buta.
Nick Vujicic
Nick mengalami penyakit yang jarang ditemui, sindrom Tetra-amelia, yang dicirikan sebagai ketiadaan kesemua empat anggota.
Nick Vujicic dilahirkan di dalam keluarga Serbia pada 4 Disembar 1982 di Australia. Semasa zaman kanak-kanaknya, beliau berusaha mengatasi mentaliti teruk masyarakat dan pada usia 17 tahun, Nick Vujicic menubuhkan sebuah NGO “Life Without Limbs”.
Selepas menamatkan pengajian dalam Perancangan Perakaunan dan Kewangan, Nick Vujicic memulakan perjalanannya sebagai penceramah motivasi subjek berkisar dengan makna kehidupan, harapan dan kurang upaya
Ludwig van Beethoven
Anda mesti pernah mendengar muzik bertajuk Beethoven. Inilah pencipatnya, Ludwig van Beethoven yang menjadi seorang komposer fenomena muzik romantik dan klasik terkenal.
Dilahirkan dalam keluarga pemuzik di Jerman, semasa zaman remajanya, pendengarannya bermasalah dan akhirnya menjadi pekak.
Namun, itu tidak menghalangnya untuk terus menggubah lagu. Beliau memperkenalkan okestra simfoni moden dan memantapkan dirinya sebagai lagenda induk dalam arena Muzik.
Stephen Hawking
Pesakit neuronmotor yang genius ini telah mengubah dunia menerusi teori revolusinya. Lumpuh seluruh badan, tangan, kaki dan suara, Stephen Hawking berhubung dengan komputer yang disambungkan kepada kerusi rodanya.
Seorang ahli kosmologi terkenal dan ahli kehormat Persatuan Diraja Sastera, di kagumi dikalangan pakar teknologi kerana karya-karya beliau berkaitan keajaiban graviti, lubang hitam termasuk karya yang mendapat Best Seller, A Brief History of Time.
Tuesday, 9 February 2016
Keistimewaan kepada OKU
1) Pelbagai keistimewaan yang disediakan kementerian dan agensinya untuk OKU akan mudah disalurkan kepada OKU yang berdaftar. Umpamanya Kementerian Pelajaran di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan program khas kepada kanak-kanak daripada kategori kurang upaya penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah pendidikan khas dan melalui program integrasi di sekolah biasa.
2) Pengecualian bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran.
3) Bagi pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mereka diberi elaun khas bulanan sebanyak RM300. Kemudahan ini adalah di bawah kelolaan Kementerian Penggajian Tinggi.
4) Pelajar kurang upaya di sekolah rendah dan sekolah menengah pula diberikan elaun sebanyak RM150 sebulan. Kemudahan ini di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Khas.
5) Jabatan Tenaga Kerja menggalakkan pihak swasta menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan OKU melalui Jawatankuasa Penggalakkan Penggajian Orang Kurang Upaya di sektor swasta.
6) Pengecualian cukai jalan
2) Pengecualian bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran.
3) Bagi pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mereka diberi elaun khas bulanan sebanyak RM300. Kemudahan ini adalah di bawah kelolaan Kementerian Penggajian Tinggi.
4) Pelajar kurang upaya di sekolah rendah dan sekolah menengah pula diberikan elaun sebanyak RM150 sebulan. Kemudahan ini di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Khas.
5) Jabatan Tenaga Kerja menggalakkan pihak swasta menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan OKU melalui Jawatankuasa Penggalakkan Penggajian Orang Kurang Upaya di sektor swasta.
6) Pengecualian cukai jalan
Menurut JKM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga menyediakan kemudahan pengecualian cukai jalan bagi orang kurang upaya fizikal yang menggunakan kenderaan kereta, van dan motosikal buatan tempatan mulai tahun 2004.Insentif pengangkutan
Malaysian Airlines System Bhd. (MAS) yang memberi tambang murah sehingga 50 peratus bagi penerbangan dalam negeri.
Keretapi Tanah Melayu Berhad – Tambang konsesi sehingga 50% bagi semua kelas perjalanan.
Syarikat bas Transnasional - Konsesi 50 peratus dari harga tambang
RapidKL memberi kemudahan tambang percuma kepada golongan kurang upaya.
7) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - Kemudahan menyewa rumah-rumah kos rendah atau rumah pangsa DBKL dengan pengurangan kadar sewa.
8) Syarikat Perumahan Nasional Negara (SPNB) - Diskaun sebanyak 20 peratus kepada golongan OKU berpendapatan rendah untuk memperoleh rumah kos rendah dan sederhana.
9) Pengecualian bayaran rawatan di hospital atau pusat perubatan awam di negara ini.
10) Pengecualian bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (pasport antarabangsa).
8) Syarikat Perumahan Nasional Negara (SPNB) - Diskaun sebanyak 20 peratus kepada golongan OKU berpendapatan rendah untuk memperoleh rumah kos rendah dan sederhana.
9) Pengecualian bayaran rawatan di hospital atau pusat perubatan awam di negara ini.
10) Pengecualian bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (pasport antarabangsa).
Hak Istimewa Pemegang Kad OKU
Kad OKU ini hanya boleh diperoleh dengan mendaftarkan diri di Pejabat JKM Daerah di tempat tinggal OKU berkenaan dengan perakuan doktor. Kad terbahagi kepada enam jenis warna mengikut kategori ketidakupayaan iaitu penglihatan (biru), pendengaran (ungu), fizikal (hijau), cerebral palsy (merah),masalah pembelajaran (kuning) dan lain-lain (oren).
Tujuan pendaftaran dengan JKM adalah untuk mengumpul data atau statistik bagi maksud perancangan perkhidmatan atau program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal. Walaupun pendaftaran adalah atas dasar sukarela, ia seharusnya digalakkan bagi OKU mendapatkan segala kemudahan dan insentif yang disediakan bukan sahaja oleh pihak kerajaan, tetapi juga swasta.
Tujuan pendaftaran dengan JKM adalah untuk mengumpul data atau statistik bagi maksud perancangan perkhidmatan atau program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal. Walaupun pendaftaran adalah atas dasar sukarela, ia seharusnya digalakkan bagi OKU mendapatkan segala kemudahan dan insentif yang disediakan bukan sahaja oleh pihak kerajaan, tetapi juga swasta.
Monday, 8 February 2016
MAKSUD
Maksud Keistimewaan
sifat-sifat istimewa
Maksud Orang Kurang Upaya
Kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat adalah mereka yang pada sesuatu masa, terhalang oleh keadaan fizikal atau mental dari melakukan aktiviti-aktiviti normal rakan sebaya seperti sosial, rekreasi , pelajaran dan vokasional
sifat-sifat istimewa
Maksud Orang Kurang Upaya
Kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat adalah mereka yang pada sesuatu masa, terhalang oleh keadaan fizikal atau mental dari melakukan aktiviti-aktiviti normal rakan sebaya seperti sosial, rekreasi , pelajaran dan vokasional
Subscribe to:
Posts (Atom)